27 四月 2011

Contoh surat Rayuan Kolej Matrikulasi ..

Pengarah,
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 6-7,Blok E15,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

28 APRIL 2011

TUAN,
RAYUAN UNTUK MEMASUKI KOLEJ MATRIKULASI TAHUN 2011
Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya xxxxxxx (NO K.P xxxxxxxxxx) ingin membuat rayuan sekali lagi untuk memasuki Kolej Matrikulasi . Jurusan yang saya memohon ialah Jurusan Perakaunan .
2. Saya telah memperolehi xA dan xB dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) , dengan A dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan A- dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu . Selain itu,saya juga memperolehi keputusan A+ dalam mata pelajaran Matematik dan B+ dalam Matematik Tambahan.
3. Di samping itu,saya aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu. Saya pernah menyertai Rover Moot Antarabangsa 2010(Kesenian,Kebudayaan Dan Warisan). Saya juga pernah menyertai Program Pendidikan Kepelbagaian Biologi peringkat Kebangsaan dan menjadi fasilitator dalam Kursus Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) Sekolah Menengah peringkat daerah dan peringkat sekolah.Pada tahun 2008,saya mencapai kejayaan tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah.
4. Pada tahun 2010 iaitu sewaktu saya Tingkatan Lima,saya pernah menjawat jawatan Pengerusi dalam Pasukan Pengakap Sekolah dan menjawat jawatan Naib Pengerusi dalam Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah serta memegang jawatan Bendahari dalam Kelab Permainan Petanque Sekolah.Sehubungan itu, saya pernah menjadi Penolong Setiausaha dalam Lembaga Pengawas Sekolah.

5. Bersama-sama surat rayuan ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan.
6. Pertimbangan pihak tuan amat dihargai .Dengan tulus ikhlasnya saya memohon kepada jasa baik Tuan supaya memberi peluang kepada saya untuk meneruskan pelajaran saya di mana-mana Kolej Matrikulasi.
Sekian dimaklumkan,atas jasa baik Tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,


...................................................
xxxxxxxx
28 APRIL 2011

没有评论:

发表评论